Selasa, Mei 09, 2017

Atalarik Syah, Tsania Marwa Bercerai!



Masih ingat lagi dengan pelakon lelaki kacak dari Indonesia yang memegang watak Prabu Wijaya dalam salah sebuah sinetron yang pernah ditayangkan di TV3 berjudul Putri Yang Ditukar?

Ya, pelakon Atalarik Syah sudahpun bercerai dengan isterinya Tsania Marwa. Tsania sambil menangis ketika ditemui selepas perbicaraan kes cerainya di Pengadilan Agama Cibinong, Kabupaten Bogor, Jawa Barat pada 18 April lalu menceritakan luahan hati kepada media kerana tidak dapat bertemu dengan kedua-dua orang anaknya.

Tsania mengakui kali terakhir dia bertemu dengan anak sulungnya Syarief ketika sambutan ulang tahunnya pada 25 Mac lalu

Tsania Marwa berasa sakit hati ketika Atalarik Syah memberitahu dirinya bukan ibu yang baik. Padahal, selama ini Tsania yang menjaga anak mereka dengan baik.

Tuduhan itu dilontarkan kepada Tsania melalui pesanan ringkas dalam aplikasi Whatsapp. Malah, Atalarik juga memberi amaran ingin menggantikan tempat Tsania dengan wanita yang jauh lebih muda.