Sabtu, Mei 06, 2017

Alif Satar, Neelofa Dominasi ABPBH 2017 Dengan 5 Pencalonan Top 5



Alif Satar dan Neelofa mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 apabila masing-masing disenaraikan sebagai calon akhir dalam lima kategori. 

Populariti yang diraih dua selebriti terbabit menerusi medium lakonan dan pengacaraan dilihat antara penyumbang terbesar kepada pencalonan, selain sokongan padu peminat. 

Alif bergelar calon akhir dalam empat kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular. Menerusi kategori online pula, beliau bergelar calon Top 5 bagi Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana, menerusi karya Dia Semanis Honey. 

Neelofa cemerlang dalam dua kategori utama iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular. Beliau juga dicalonkan peminat ke peringkat akhir dalam tiga kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama (Suri Hati Mr Pilot bersama Fattah Amin), Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi. - BH Online