Selasa, Mei 23, 2017

Aeril Zafrel Belanja Puluhan Ribu Bikin Video Muzik Lagu Hindustan



Video Muzil lagu irama Bollywood yang dirakamkan di kashmir, India oleh Aeril Zafrel bersama isteri tercinta Wawa Zainal memang nampak menarik. Malah, sedutan video yang dimuat naik dalam laman sosial itu turut menjadi bualan ramai dan tular dalam kalangan netizen.

Bercakap kepada mStar Online, Aeril Zafrel akui video berkenaan bukan dbuat untuk suka-suka. Sebaliknya, menjadi target marketing untuk produk pakaian yang diniagakan oleh Aeril bersama Wawa.

Menurut Aeril, bagi memasarkan produk pakaian keluarannya itu dia perlu melabur. Dan pembikinan muzik video Bollywood berlatarkan salah sebuah lagu dari filem Kuch Kuch Hota Hai itu menelan kos puluhan ribu ringgit!

Wow, haranya berbaloilha pelaburan untuk marketing dengan hasil jualannya nanti, ya!