Selasa, Mei 02, 2017

Ada Pihak Lain Sebalik Anugerah Undian Peminat Yang Digelar Syok Sendiri - Afdlin Shauki



Tentu ramai yang sedar bahawa kebanyakan anugerah yang dianjurkan dalam industri hiburan tanah air selalunya berdasarkan undian peminat.Malah, peminat tegar mereka sanggup habis ribuan ringgit untuk memastikan artis kesayangan mereka menang.

Isu ini mendapat perhatian pelakon Afdlin Shauki. Menurut Afdlin, masalah utama anugerah seperti ini bukan kerana ia anugerah syok sendiri tetapi anugerah tersebut boleh dimanipulasi undinya oleh sesetengah individu ataupun korporat-korporat  yang mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan menaikkan nama artis yang menjadi duta produk mereka. Ia sekaligus turut menaikkan nama jenama mereka. - Beautifulnara