Isnin, Mei 08, 2017

ABPBH 2017; Fattah Amin Akan Menang Besar - Fazura



Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, meramalkan gandingannya dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin, bakal menang besar pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0. Malah, Fazura, 33, berkata bukan sesuatu yang mustahil andai Fattah, 26, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, iaitu kategori utama pada anugerah itu berdasarkan populariti diraihnya ketika ini. 

"Saya meramalkan Fattah akan menang besar pada malam kemuncak ABPBH 3.0 nanti kerana dia mempunyai ramai peminat yang sayangkan dirinya. Jenama Fattah Amin sangat kuat saat ini. "Kalau dia menang pun memang patut kerana Fattah banyak melalui pelbagai dugaan sebelum ini. 

"Saya juga pernah kata pada Fattah, jika kemenangan berpihak kepadanya, itu semua rezeki dan berkat kesabaran serta sikap redanya atas segala yang terjadi sebelum ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Nothing Like Pag Ibig di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini. - BH Online