Rabu, Mei 31, 2017

Aaron Aziz Kagumi Erma Fatima



Ditanya siapa insan seni di tanah kelahirannya mahupun di Malaysia yang dijadikan sumber inspirasi, dengan pantas Aaron atau Aaron Mustapha Aziz menjawab Erma.

Ternyata Erma yang pernah dipilih Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7, menjadi insan penting dalam hidupnya.

Pertemuan pertama mereka sewaktu Aaron dan Erma menjadi juri Pesta Perdana 2002 di Singapura, membuka laluan luas buatnya untuk mengembangkan kerjaya lakonan di sini.

Ditemui baru-baru ini, Aaron akui sewaktu menjayakan karya arahan Erma sama ada dalam drama bersiri mahupun teater, banyak perkara baru yang dipelajarinya.

Katanya, sejak itu dia mula memandang serius terhadap kerjaya lakonan.

“Saya mengagumi setiap skrip yang dihasilkan Erma. Bagi saya dia orang yang bijak. Tidak mudah menghasilkan skrip bagus kerana memerlukan pemikiran sangat kreatif dan penuh ketelitian.


“Sepanjang mengenali Erma, saya nampak dia hanya akan buat kerja yang dia suka dan percaya. Cerita ditampilkan juga selalunya mempunyai maksud tersendiri. Penonton harus pandai membaca apa yang cuba disampaikan,” katanya. - Harian Metro