Ahad, Mei 07, 2017

[5 Gambar] Dazrin Kamarudin Pilih Ketua Pramugari Sebagai Isteri



Dengan sekali lafaz, pelakon Dazrin Kamarudin, 29, sah bergelar suami kepada suri pilihannya, Nurfazulin Razalin, 33, yang juga ketua pramugari yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din pada upacara yang berlangsung di sebuah hotel di Melaka dengan dihadiri hampir 200 tetamu. Pada majlis itu, Dazrin turut menyerahkan mas kahwin RM500 bersama tujuh dulang hantaran dengan berbalas 11. Pasangan pengantin bagaimanapun sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran.