Sabtu, Mei 13, 2017

31 Pelajar Universiti Kena Skodeng Ketika Bercuti Di Homestay Selayang!




Percutian yang membabitkan 31 pelajar universiti bertukar menjadi 'mimpi ngeri' buat mereka apabila mereka dirakam secara rahsia di bilik mandi. 23 wanita dan lapan lelaki; yang berusia sekitar 20-an itu tinggal di seebuah homestay di Selayang pada 9 Mei dalam satu percutian.

Salah seorang pelajar, Wong, terkejut apabila salah satu penyangkut di bilik mandi itu terjatuh selepas dia menyangkut tuala di situ. Dia berasa tidak selesa apabila ternampak satu cip dan sesuatu yang menyerupai kanta kamera, lantas bertindak memberitahu rakan-rakannya. Apabila rakan-rakannya memeriksa bilik mandi lain dan terkejut apabila menemui peranti sama.

Peranti itu yang  diperiksa juruteknik akhirnya dikenal pasti sebagai kamera pengintip

Laporan polis sudah dibuat dan  setakat ini pengendali homestay dan seorang pekerja asing telah disoal siasat polis.

Ini adalah aduan ketujuh yang diterima melibatkan kamera pengintip!