Rabu, Mei 24, 2017

10 Pelajar MRSM Parit Ditamatkan Pengajian




Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak yang terlibat dalam kes buli enam pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan ditamatkan pengajian berkuat kuasa semalam selepas didapati bersalah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputusan itu dicapai selepas dicadangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM) dalam mesyuaratnya Isnin lepas yang turut memberi peluang kepada semua pelajar terbabit untuk membela diri.

"Ini adalah pengajaran kepada mana-mana pelajar agar tidak melakukan perkara di luar kesopanan dan kesusilaan kita...para ibu bapa juga, tidak perlu risau kerana kita tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini. - Bernama