Rabu, April 26, 2017

[Video] Qari Meninggal Dunia Ketika Mengalunkan Ayat Suci Al Quran



Kematian semmangnya tidak dapat dipisahkan dengan setiap sesuatu yang hidup. Cuma, pengakhiran yang baik adalah yang diinginkan oleh setiap insan.

Di Surabaya, Indonesia, seorang qari tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika beliau sedang khusyuk mengalunkan bacaan al_Quran di satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia.

Ustaz Mohammad Ja'far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba ketika majlis meraikan ualng tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di rumah terbabit.

Mohammad Ja'far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia.

Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.