Khamis, April 13, 2017

[Video] Najip Ali Mohon Maaf Dengan Muka Sedih Sebab Hina PM Najib Razak!



Hina PM Najib Razak dalam sebuah program televisyen, selebriti Singapura, Najip Ali yang popular di negara serantau menerima padah apabila digugurkan daripada kerusi juri Maharaja Lawak Mega 2017.

Yang menyedihkan adalah perbalahan antara rakyat dua buah negara. Yang menyedihkan apabila sepertinya ada yang cuba menangguk di air yang keruh. Melaga-lagakan, mengambil kesempatan untuk merancakkan isu, menghangatkan kontroversi.

Habis semua isu, daripada pendidikan, nila mata wang, sehinggalah melibatkan pelakon Singapura lain di Malaysia, dibangkitkan, dibahaskan oleh netizen menggunakan bahasa-bahasa yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Common guys! Pernah dengar kata-kata, diam itu lebih baik daripada bersuara?  Yes, better diam daripada berkata yang sia-sia. Lama-lama perkara ini akan senyap dan sunyi...