Rabu, April 26, 2017

[Video] Berpisah Jua Versi Jantan; Razwan Jaafar & Azam Pitt



Tak dinafikan YouTube dan Smule telah menaikkan banyak nama baharu dalam industri nyanyian tanah air. Yang sering mendapat perhatian tentu sahaja yang suaranya mendayu-dayu berserta pakej wajah yang menarik, tak kisahlah lelaki ataupun perempuan.

Ramai juga yang akan cover lagu Ziana Zain. Dan setiap kali berbuat demikian pastinya video berkenaan akan turut mendapat perhatian ramai. Yalah, semua pun tahu lagu-lagu Ziana Zain hampir semuanya mencabar kredibiliti vokal seseorang penyanyi.

Jom layan Berpisah Jua dendangan asal Ziana Zain, hasil paduan suara Razwan Jaafar dan Azam Pitt!