Jumaat, April 28, 2017

[Video] Anjing Menangis Lihat Teman Baring Kaku



Siapa yang hati sensitif jangan tengok! Memang sedih bilamana kita melihat kasih sayang antara binatang. Walaupun binatang tidak dikurniakan dengan akal fikiran, tetapi kasih sayang yang ada dalam diri mereka kadang kala jauh lebih tulus daripada sebilangan manusia.

Seekor anjing dilihat cuba menggerakkan rakannya yang terbaring kaku, dipercayai dilanggar oleh kenderaan di sebatang jalan raya yang sibuk. Pilunya, gaya anjing tersebut seakan-akan menangis teresak-esak apabila usaha membangunkan rakannya itu tidak berjaya.

Menerusi video, dapat diperhatikan ada dua orang wanita cuba mengalihkan dan memberikan bantuan kepada anjing malang tersebut. Namun, tidak dapat dipastikan apakah kesudahannya riwayat binatang tersebut.