Isnin, April 24, 2017

[Video] Anak Menangis Tengok Tomok Tanpa Misai Dan Jambang!



Keletah penyanyi Tomok bersama dua orang anak lelakinya sentiasa mencuri perhatian netizen khususnya followers akaun Instagram selebriti tersebut.

Tomok yang kebelakangan ini berimejkan misai dan jambang telah mencukur licin wajahnya.

Melihat perubahan itu, anak keduanya yang masih kecil dilihat menangis ketika, isteri Tomok mengajukan persoalan kepada anaknya itu, tentang siapa dia Tomok.

Arriyan, iaitu anak sulung Tomok pula ketika ditanya Papanya, menjawab lebih suka ayahnya bermisai dan jambang. Dan mengangguk apabila ditanya, adakah Tomok kelihatan seperti budak sekolah usai bercukur.

Apapun, memang bahagia melihat kebahagiaan Tomok sekeluarga. Kami doakan ianya kekal selamanya.

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on