Ahad, April 30, 2017

Thank You 10 Million Readers!



Bulan Mac lepas antara prestasi paling buruk blog sepanjang lebih kurang 3 tahun. Ada beberapa sebab. Antaranya tak banyak publish entry. Tak setting auto publish, sebabnya sibuk sangat dengan kerja-kerja sekolah.

Bila datang April 2017, pattern blog tetap sama. Readers dan viewers berpola 3000 sahaja setiap hari, kurang 50% daripada purata sebelumnya. Well, sebabnya masih serupa. Sekali gus, impian nak capai 10 Juta pembaca mungkin akan tersasar ke pertengahan atau hujung Mei 2017.

Jadi, target baru diletak, paling kurang 16 Mei sempena Hari Guru nak juga 10 Juta viewers dan readers. Konon nak bagi reward dekat diri sendiri! 😁

Then, datang beberapa siri kontroversi, isu hina mendiang bapa Watson Nyambek, sekitar Anugeah MeleTOP Era 2017, dan isu penulis novel Siti Rosmizah saman penerbit drama Ziela Jalil yang membuatkan entry-entry berkaitan isu-isu ini banyak dibaca dan dicari.

Tahu, orang Malaysia suka baca cerita-cerita sebegini, dah lewat malam, mata dah berat pun masih gigih setting entry untuk auto publish.

Hasilnya, tak hadir Mei lagi, sudah 10 Juta! Syukur! Ada senyum pada wajah.

Dan disebabkan sokongan kalian ini, ada reward untuk pengiklan dengan pakej bonanza gempak gila yang akan Muz umumkan pakej iklan dengan harga gerenti terlajak murah!!

Blog juga Muz berikan sentuhan header baharu, background pastel baharu dan tema warna baharu!

Thank you for supporting me guys! Keep support my blog okay! 20 Million end of the year can? Hahaha!