Selasa, April 18, 2017

Tak Dapat Bayaran, Azrel Ismail Buat Laporan Polis



Pelakon Azrel Ismail meluahkan rasa kesal dengan tindakan penerbit JNI Creative Sdn Bhd tidak membayar barisan pelakon dan kru drama Yes Sir Nak Pergi Mana untuk siaran HppTV.

Azrel berkata, dia berharap penerbit drama terbabit menyelesaikan baki gaji tertunggak secepat mungkin bagi memudahkan perjalanan drama itu sebelum mereka mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya bersama pelakon dan kru produksi hampa apabila penerbit JNI Creative Sdn Bhd gagal membayar duit kami seperti yang dijanjikan.

"Kami terpaksa membuat laporan kerana tidak tahan diperlakukan begini. Saya sudah memberikan sepenuh komitmen untuk drama ini hingga terpaksa menolak beberapa tawaran lain.


"Mereka bukan sahaja tidak membayar baki duit gaji kami, tetapi ada pelbagai masalah lain sudah berlaku,"katanya. - Harian Metro Online