Sabtu, April 29, 2017

Sinopsis Telefilem Cerita Seram Paya Hitam; Asro Citra/Mustika HD



SINOPSIS CERITA SERAM PAYA HITAM

Mengisahkan hubungan adik-beradik yang dihantui sejarah hitam. Jaja menyambut ulang tahun ke-30, mula didatangi entiti misteri yang mahu meragut nyawanya. Keluarganya juga mula dibayangi entiti terbabit.

Si anak mula melihat kelibat dan menimbulkan rasa takut. Pelbagai kejadian aneh mula terjadi. Mereka mula hidup dalam tekanan. Keadaan itu mengakibatkan si suami meninggal dunia. Selepas kematian suami, si wanita menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Dia tidak tahu bahawa kejadian yang menimpa dirinya ada kaitan dengan perjanjian yang dimeterai abangnya 30 tahun lalu.

Mengetahui kebenaran, wanita itu kecewa dan marah dengan perkara yang dilakukan abangnya. Bagaimanapun, kasih sayang antara dua beradik itu masih kuat. Namun, seorang daripada mereka meninggal dunia.

Saksikan telefilem Cerita Seram Paya Hitam lakonan Faizal Hussein dan Nonny Nadirah di slot Citra Exclusive, Sabtu, 29 April 2017 jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 & Mustika HD saluran 134.