Isnin, April 03, 2017

Sinopsis Drama Shh... I Love You



SINOPSIS SHHH I LOVE YOU

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.
Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

1 Komentar:

Write Komentar