Selasa, April 25, 2017

Sinopsis Drama Mak Cun 3; Zehra TV3



SINOPSIS MAK CUN 3 

Mengisahkan perjuangan Mak Cun memperkenalkan Mak Cun Mart. Biarpun produk Mak Cun mendapat sambutan luas, namun dia sukar untuk mendapat tempat bagi memasarkan produk tersebut di peruncit besar. Tidak mahu mengalah, Mak Cun mengambil keputusan membuka sendiri sebuah kedai bagi memasarkan produk miliknya.

Drama siri Mak Cun musim ketiga akan menemui penonton di slot Zehra TV3. Menampilkan barisan pelakon seperti Erma Fatima, Datin Umie Aida, Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, dan Balkish Semundur Khan. Saksikan telatah lucu mereka bermula 20 April ini, bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di TV3