Ahad, April 23, 2017

Sidharth Malhotra Dalam Remake Ittefaq



Pelakon Sidharth Malhotra baru-baru ini menulis di Twitter bahawa akan terlibat dalam pembikinan filem terbaharu melibatkannya, Ittefaq. Ittefaq merupakan filem asal lakonan pelakon legenda Rajesh Khanna yang diterbitkan pada 1969.

Filem ini agak rare pada ketika itu kerana tidak diselitkan dengan lagu seperti kebiasaan filem Bollywood yang lain. Ittefaq lakonan Rajesh Khanna juga tidak sepopular filem-filem blokbuster lain lakonan aktor handalan yang merupakan bapa kepada pelakon Twinkle Khanna itu.

Menerusi Tweet, Sidharth Malhotra juga secara tidak langsung membayangkan penglibatan Karan Johar dan Shahrukh Khan dalam remake Ittefaq itu kelak.