Ahad, April 23, 2017

Shikin Maembong Dedah Sikap Bekas Mertua, Chef Wan!



Baru-baru ini Chef Wan menerusi laman sosial Instagram mendedahkan bahawa pernah mengamuk dengan anak lelakinya, Chef Riz dan sudah hampir setahun tidak bertegur sapa dengan anak lelakinya itu gara-gara perbuatan Chef Riz yang dikatakan menzalimi bekas menantunya, Shikin Maembong, yang juga merupakan kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong.

Berikutan pendedahan itu, Shikin Maembong menulis kembali dalam laman sosial dengan mengakui bahawa Chef Wan merupakan bapa mertua terbaik!



"Yes, honestly saya sangat terharu dengan kasih sayang yang papa berikan kepada kami. Even, I hanyalah bekas menantu, tapi papa tak pernah bezakan itu. Kasih sayang papa to me & Ariana tiada bandingnya. Papa really honest, bertanggungjawab, & tegas for our own good. I'am so grateful ada papa yang sedia mendengar and bagi nasihat to me untuk besarkan Ariana in a proper life. You are the best father in law I ever had... We love you so much..."