Selasa, April 11, 2017

Setahun Berhijab Tak Beri Ketenangan; Sara Ali Nekad Buka Tudung!



Teka-teki mengenai imej terbaharu pelakon Sara Ali akhirnya terjawab apabila dia tampil menjelaskan mengenai keputusannya untuk kembali dengan penampilan asal yang tidak bertudung.

Menurut Sara, 26, dia tidak mahu terus menjadi seorang yang hipokrit apabila melaksanakan sesuatu tuntutan agama tanpa kerelaan hatinya sendiri.

"Saya ingat boleh buat (bertudung) tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu.


"Sesuatu ini kalau boleh saya tak nak bincangkan, perkara dah berlaku dan kita lepaskan," katanya menerusi video yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook miliknya pada Selasa.

Selain itu menerusi siaran video selama hampir 15 minit itu, Sara menjelaskan bahawa dia tidak memperoleh ketenangan yang sepatutnya selepas berhijrah untuk berhijab.

"Selama setahun yang lepas, ia tak beri saya ketenangan. Lama-lama hidup jadi tak tenang sangat dan tidur tak lena.


"Mula-mula saya fikir nak diamkan sahaja, tapi sampai bila saya nak hidup dalam keadaan yang saya rasa bukan yang sepatutnya saya lakukan," katanya. - mStar Online