Ahad, April 02, 2017

"Semoga Allah Menemukan Kita Di Syurga"; Hadiah Arwah Suami Untuk Nora Buat Ramai Tersentuh Hati



Hadiah berupa terjemahan ayat suci Al-Quran, Allahyarham Johan Nawawi buat Nora Ariffin pada 2010 yang lalu membuatkan netizen dan peminat penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini sayu.

Tulisan tangan Allahyarham Johan Nawawi pada helaian naskhah terjemahan itu yang ditujukan kepada Nora, beserta caption Nora sendiri dalam posting Instagram miliknya membuatkan ramai yang tersentuh hati.

Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah. Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali. Love you always,“ tulis Johan pada 24 April 2010.

“Assalamualaikum. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti. Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan. Allah saja yang tahu”

“Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik. Abang…adamu menyenangkan dan membahagiakan…pergimu amat menyedihkan. Insya-Allah, bertemu di syurga,” luah Nora di laman sosial tersebut.

Semoga Nora tabah menghadapi kehidupan.