Selasa, April 25, 2017

Rindu Berlakon, Ziana Zain Muncul Dalam Telefilem Khas Aidilfitri



Ziana Zain berkata, melihat rakan lain seperti Erra Fazira yang turut terbabit menjayakan drama bersiri menimbulkan rasa rindu di hati.

Malah, Datuk Yusof Haslam sendiri menawarkannya untuk berlakon drama.

“Datuk ada menawarkan saya berlakon tetapi terpaksa tolak secara baik kerana terikat dengan perkara lain. Lagipun, berlakon memerlukan masa yang lama di luar.

Bagaimanapun, selebriti terkenal itu dilihat menjayakan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri arahan pengarah tersohor Rashid Sibir.

Menerusi kemas kini Instagram, Rashid Sibir, Ziana Zain terlibat secara langsung dalam Telefilem berkenaan yang diberi judul Bisik Pada Allah. Turut berlakon ialah, Adibah Noor.