Khamis, April 06, 2017

Riezman Khuzaimi Masuk Hospital!



Pelakon Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital Shah Alam dekat sini pada Khamis selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad memberitahu Riezman dikejarkan ke hospital selepas mengadu kurang sihat.

"Doktor memberitahu paru-parunya dijangkiti kuman namun keadaannya sekarang stabil cuma tekanan darahnya rendah.

"Sekarang dia masih ditahan di wad kecemasan sementara menanti keputusan ujian yang dilakukan doktor.

"Saya bawa dia ke hospital tengah 
hari tadi selepas mengadu tidak sihat," katanya ketika dihubungi mStar Online.