Isnin, April 24, 2017

Pengacara Hina Bapa Watson Nyambek Digantung Tugas Serta-Merta!



Lawak kurang ajar mempersendakan mendiang bapa Watson Nyambek dalam sebuah program komedi yang disiarkan di TV3 baru-baru ini menyebabkan pelawak dan pengacara Azizul Ammar Abu Hassan terpaksa menelan natijahnya.

Bukan hanya perkara itu menjadi isu besar, malah menular cepat dan mencipta kontroversi hebat. Netizen terlebih dahulu telahpun menghujani laman sosial Instagram pengacara lelaki tersebut dengan asakan komentar yang agak pedas.

Malah, kenyataan media oleh Watson Nyambek sendiri yang kesal dengan apa yang berlaku mengahangatkan lagi situasi.



Meskipun, permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh Media Prima Berhad dan Ammar sendiri, namun hari ini Watson Nyambek tetap membuat laporan polis terhadap pengacara tersebut yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga.

Menerusi Berita Harian pula, dilaporkan Ammar beserta 6 orang krew penerbitan rancangan Sukan Tak Sentral episod tersebut digantung tugas serta merta. Surat siaran media pula menyatakan Ammar digantung tanpa tempoh dan dalam waktu penggantungan, Ammar tidak akan dipanggil oleh Primework Studios untuk mana-mana program terbitan produksi berkenaan.