Ahad, April 16, 2017

Norman Hakim Tak Sanggup Lalui Ramadan Dan Syawal Tanpa Danish!



Jika sebelum ini pelakon, Norman Hakim ada berkongsi cerita tentang anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, yang bakal melanjutkan pelajaran dekat Turki Mei nanti, pelakon itu menambah lagi informasi tentang perihal pendidikan anak lelakinya itu di Instagram.

Menurut Norman Hakim, ada dua kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Turki, iaitu pada Mei dan Oktober. Walaupun nama Danish sudah tersenarai untuk Kumpulan 1 pada bulan Mei namun tetap ada harapan untuk dserapkan dalam Kumpula 2 pada Oktober nanti.

Norman Hakim sekeluarga tetap berserah atas apapun keputusan pihak yang bertanggungjawab menguruskannya. Namun, Norman menambah, dia akan bersyukur sangat jika berpeluang menyambut Ramadan dan Syawal bersama Danish di tanah air.

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Norman Hakim sekeluarga!