Khamis, April 13, 2017

Netizen Kritik Tweet Zed Zaidi Minta Menteri Kaji Balik Artis Singapura Ke Malaysia!



Presiden Seniman, Rozaidi Jamil, atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi terus mendapat perhatian apabila menulis pada Twitter dengan satu tweet kontroversi!

“Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @jamawijaafar,” Twit Zed Zaidi.

Tweet tersebut ternya mengundang rasa tidak puas hati netizen, apabila rata-rata mengecam tindakan Zed Zaidi itu.

Umum mengetahui, Zed Zaidi pernah mencetuskan kontroversi apabila pernah bersuara tentang aktor Aaron Aziz beberapa tahun dahulu ketika nama Aaron berada di kemuncak kerjayanya di Malaysia.

Bukan sekadar netizen malah selebriti, Hafiz Hamidun turut menyelar tweet Zed Zaidi tersebut.

“Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah,” tulisnya.

Najip sebelum ini sudah pun membuat tuntutan maaf secara terbuka kepada Najib berikutan tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka minggu lalu.