Sabtu, April 22, 2017

Nelydia Tunjuk Resit Bayar Cukai?



Pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto resit pembayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013 menerusi akaun Instagram miliknya, malam tadi. Dalam entri itu, Nelydia turut menulis keterangan ringkas: "Ini resit pembayaran cukai pendapatan bertarikh 4 April 2017".

Bagaimanapun, Nelydia tidak menunjukkan bukti pembayaran bagi tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012.


Semalam Nelydia dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun bermula pada 2009 hingga 2013.

Nelydia yang difahamkan sedang bercuti di London, United Kingdom, tidak dapat dihubungi untuk penjelasan. – BH Online



A post shared by @nelydiasenrose on