Khamis, April 27, 2017

Nak Kurus Punya Hal Makan Nasi Cuma 3 Sudu Sehari!




Pelakon popular Korea Selatan, Lee Tae Im mengaku hanya makan tiga sudu nasi sehari.
Pelakon yang popular menarusi drama ’My Heart Twinkle Twinke’ itu membuat pengakuan menerusi rancangan MBC Every1’s Video Star.
Tae Im turut memberitahu dia telah mengamalkan diet secara ekstrim itu sejak enam bulan lalu.
Ketika ditanya mengapa memilih cara diet berkenaan, Tae Im menjelaskan dia berasa tidak yakin apabila digandingkan dengan pelakon lain iaitu Park Han-Byul dan Lee Chae-Young dalam satu sesi penggambaran.
Semenjak itu, dia tekad untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. - Astro Gempak