Rabu, April 05, 2017

Lepas Fattah Amin, Siti Nordiana Pula Nak Jual Buku!



Selepas pelakon Fattah Amin muncul dengan buku 99 Kata Qalif Moden yang penuh kontroversi namun laku keras, kini tiba pula giliran penyanyi Siti Nordiana mengikut jejak yang sama.


Penyanyi Siti Nordiana, 32, bakal muncul dengan sebuah buku biografi yang menceritakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

Pemilik nama asal Siti Nordiana Alias ini sedang dalam proses untuk mengumpulkan material yang bakal dimuatkan dalam buku biografinya nanti.

“Semuanya masih dalam proses dan perancangan lagi. Sudah dua tahun proses tersebut berjalan dan buku tersebut masih belum disiapkan lagi. Saya tidak mahu mengambil langkah tergesa-gesa untuk menerbitkan sebuah buku.

“Bagi saya, biarlah apa yang terkandung dalam buku itu nanti menjadi sebuah naskah yang berkualiti apabila dibaca kelak. Saya tak mahu mengeluarkan buku yang ala kadar sahaja,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

2 Komentar

Write Komentar