Baginya drama yang bakal disiarkan di TV3 itu bukan sekadar memberi peluang kepadanya untuk berlakon dengan artis Malaysia malah kesempatan itu juga mampu menggilap kembali namanya di negara ini.

“Ini drama pertama saya dengan produksi Malaysia. Saya seronok apabila ditawar berlakon drama Dia kerana saya dapat bekerjasama dengan teman-teman dari Malaysia dan secara tidak langsung saya juga bisa berkunjung ke sana. Masih ada lagi adegan saya yang belum selesai dan saya akan ke Malaysia lagi untuk penggambaran.

“Memang seronok dapat berkolaborasi dengan rakan artis Malaysia seperti Janna Nick, Izara Aishah dan abang Zamarul Hisham. Janna memang lucu, dia suka bercanda sewaktu di lokasi jadi saya tidak kekok berlakon dengannya. Begitu juga dengan Izara, dia cepat mesra dan penggambaran berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Bogor, Indonesia. - Utusan Online