Isnin, April 24, 2017

Isu Persenda Bapa Watson Nyambek; Seniman Akan Ambil Tindakan Terhadap Amar Titan



Tindakan pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa Watson iaitu Nyambek turut diselar oleh Persatuan Seniman Malaysia yang berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.
"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti," ujarnya.


Zed berkata demikian bagi mengulas isu pengacara program komedi Sukan Tak Sentral terbitan Primeworks Studios yang mempersendakan nama mendiang bapa atlet negara Watson Nyambek dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang iaitu kambing.