Rabu, April 05, 2017

Ifa Raziah Pakai Tudung Setiap Jumaat!




Ifa Raziah akui mengenakan hijab setiap hari Jumaat sejak empat bulan lalu.
 
Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, berkata  ia merupakan salah satu cara dia melatih diri sebelum berhijab penuh.
 
"Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu.
 
"Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.
 
"Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab," katanya kepada Astro Gempak.