Selasa, April 04, 2017

Hubungan Azlan Dengan Jaclyn Dan Ziana Masih Baik!



Baki bayaran Konsert High Note 2016 yang dijayakan Azlan The Typewriter bersama Jaclyn Victor dan Ziana Zain masih belum diterima walaupun sudah hampir 4 bulan konsert yang berlangsung dalam keadaan kelam-kabut itu telah berlalu.

Azlan sendiri mengakui sehingga kini, 60 peratus bayaran yang sepatutnya diterima belum lagi sampai ke tangan.

“Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses untuk membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan saman tetapi masih lagi memberi peluang kepada mereka.

“Ketika ini penganjur masih lagi senyap dan tidak memberi sebarang respons. Sudah empat bulan kami meminta duit tersebut,” jelasnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan rakan artis lain yang turut terlibat dengan konsert itu, jelas Azlan, hubungan mereka masih baik. - Utusan Online