Sabtu, April 22, 2017

Gema Gegar Vaganza; Izam Tersingkir



Minggu Ketiga bersiaran Gema Gegar Vaganza baru ada masa nak tengok. Antara persembahan yang menjadi pilihan peribadi Muz, tentu sahaja Hijjaz dengan Selimut Putih, dan Hikmah daripada Saujana, satu lagi Iman Mutiara daripada UNIC.

Pada minggu ini yang berada pada tahap bottom three ialah Ana Rafali, Wani dan Izam EYE.

Peserta Gema Gegar Vaganza yang tersingkir pada minggu ini ialah Izam EYE, manakala Wani yang sudah tiga kali berada pada tangga tercorot masih terselamat.

Apa yang Muz boleh cakap, daya tarikan Gema Gegar Vaganza yang paling dominan ialah Oki Setiana Dewi selaku juri tetap dan adanya Hijjaz dengan suara emas mereka!