Selasa, April 18, 2017

Fezrul Khan 'Sound' Penulis Novel Yang Tulis Skrip?



Fezrul Khan merupakan aktor yang dikenali ramai jarang mencetuskan isu dalam laman sosial. Malam ini, Fezrul Khan memuat naik sekeping gambar berupa sebahagian daripada skrip drama.

Isunya adalah berkenaan penulis novel yang bertindak sebagai skrip drama tetapi skripnya membuatkan pelakon dan team produksi pening kepala. Sampaikan, Fezrul sendiri terpaksa olah skrip dan sebagainya.


Bagaimanapun, Fezrul Khan tidak menyatakan drama dan produksi berkenaan, juga merahsiakan nama penulis novel yang bertindak sebagai penulis skrip berkenaan.

Tiz Zaqyah, Zain Hamid antara pelakon yang dilihat memberi komen dalam posting tersebut di samping penulis novel dan skrip drama terkenal Rehal Nurharis.

A post shared by Fezrul khan Junaidi (@fezrulkhan) on