Rabu, April 26, 2017

Fezrul Khan Masih Menduda; Belum Temui Pengganti





Hampir dua tahun memegang status duda, Fezrul Khan mengakui belum bersedia untuk kembali berumah tangga. Pelakon berusia 35 tahun ini sebaliknya lebih selesa dan bahagia menjalani kehidupan solo.

“Alhamdulillah, saya agak sibuk dengan jadual karier yang semakin padat.

“Namun, apabila ada masa lapang saya akan bertemu dengan anak yang kini tinggal bersama bekas isteri,” katanya pada Media Hiburan ketika ditemui dalam siri jelajah bas #dramasangat, baru-baru ini.

Bahkan, bintang filem Mirip ini juga mengakui masih belum bertemu jodoh sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

“Saya masih macam ni. Masih single (ketawa).

“Kalau ada jodoh, ada la. Saya tak mencari pun sebab kalau mencari pun, tak jumpa juga, tengoklah apa yang datang (ketawa).

“Tapi, bohonglah kalau saya katakan tiada wanita yang mahu berkenalan dengan saya. Cuma, saya lebih selesa berkawan saja dan belum bersedia bercinta semula.


“Sekiranya saya menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan seseorang, saya perlu ambil masa untuk mengenalinya kerana mahu wanita itu memahami cara kerja saya sebagai pelakon terlebih dulu,” katanya. - Media Hiburan