Selasa, April 25, 2017

Fattah Amin Terlalu Ingin Jadi Pelakon Terbaik Malaysia



Fattah Amin teleh membolot 5 anugerah di AME2017 sekali gus terus menjadi buah mulut peminat dan pengkritik industri hiburan tanah air.

Jom, ikuti luahan ucapan Fattah Amin kepada Media Hiburan!

“Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaNya.

“Terima kasih Allah atas aturanMu untuk membekalkan sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan media dengan kemenangan besar saya di AME 2017. Untuk semua,  Jazakallah khayr.
“Lima awards di AME2017: (1) Anugerah Fesyen Meletop Era, (2) Anugerah Bintang Online  Meletop Era, (3) Anugerah Pelakon  TV Meletop Era, (4) Anugerah Drama TV Meletop Era, (5) Anugerah Bintang Top Top Meletop Era.

“Sungguh saya tidak berharap namun tidak sangka begini sekali hasil sokongan daripada rakan-rakan media yang tanpa jemu memberikan saya ruang untuk berjaya. Hanya Allah jua yang membalas jasa dan budi baik kalian.

“Perjalanan saya dalam dunia seni kini sudah menghampiri fasa kematangan.  Ini bermakna tanggungjawab saya sebagai pelakon bertambah besar,  bukan sahaja untuk watak namun begitu juga mesej dan imej yang perlu dibawa, dan ini tidak mungkin akan tercapai sekiranya rakan-rakan media tidak menyokong usaha saya dalam dunia seni tanah air.

“Dengan demikian,  semestinya saya terus memerlukan dan menghargai semua sokongan dan dorongan anda semua.

“Saya ingin menjadi pelakon yang berjaya dan disegani.  Jadi,  saya perlu sentiasa cuba membawa pelbagai watak berbeza,  jalan cerita berbeza,  dan dengan gandingan heroin berbeza.  Sebagai pelakon,  ini sahaja cara untuk saya membaiki kelemahan dan menjadi lebih baik.  Ya,  saya sangat ingin menjadi pelakon terbaik Malaysia satu hari nanti,  dan siapa tahu,  mungkin di Asia juga.

“Semua impian ini tidak dapat saya capai dengan usaha keras saya seorang tanpa sokongan media.  Saya sangat berharap rakan-rakan media tetap berada di belakang saya dalam setiap drama TV dan filem lakonan saya.

“Tanpa anda,  saya bukan siapa-siapa di medan seni ini.  Dari hati saya yang paling dalam, TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.


“Ikhlas, Fattah Amin 24 April 2017,” menurut kenyataan Fattah.