Rabu, April 26, 2017

Faradhiya Hampir Kemalangan; Nyaris Langgar Divider Highway



Kemalangan jalan raya adalah suatu musibah yang tidak diinginkan oleh sesiapa. Kadang kala kemalangan jalan raya boleh berpunca daripada kecuaian sendiri. Dan ada ketikanya, nasib tidak menyebelahi, apabila kita menjadi mangsa keadaan sahaja.

Itulah yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon Faradhiya yang hampir mengalami kemalangan jalan raya siang tadi. Menerusi perkongsian di Instagram Faradhiya menyatakan bahawa ketika memandu di lorong laju di lebuhraya Hulu Klang tiba-tiba satu besi tajam telah terkena pada tayar keretanya.

Besi itu bukan sahaja terbenam pada tayar bahkan turut merosakkan rim.

"Nasib baik sempat control steering wheel and tak langgar divider tgh highway,definitely not funny at all!!What a stressful day!Sighhh 😔," tulisnya di Instagram.