Selasa, April 25, 2017

Dikiritik Nyanyi Sumbang Di AME2017 , Syamel Salahkan Masalah Teknikal?



Penyanyi Syamel tidak menyalahkan netizen yang mengkritik nyanyiannya sumbang dan tidak mengikut tempo ketika mengadakan persembahan pada acara karpet merah Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) pada malam Ahad lalu.

Ini kerana kata Syamel, dia sendiri terkejut ketika menonton siaran ulangan acara itu dan tidak menyangka persembahannya itu kelihatan sumbang apabila ditonton menerusi televisyen.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi apabila saya menonton sendiri persembahan saya di televisyen ia memang ke 'laut'.

"Wahal semasa menyanyi secara langsung rasanya tiada sebarang masalah malah nada nyanyian saya juga baik dan mengikut tempo.


"Malah saya hadir sesi latihan sebagai mempersiapkan diri selain untuk memastikan tidak akan timbul masalah," katanya kepada mStar Online.

Kata Syamel, pada mulanya dia terkejut menjadi sasaran netizen kerana ketika dia menyanyikan lagu secara langsung, tidak sebarang masalah timbul.

"Apa yang saya perhatikan penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin kerana masalah teknikal," jelasnya.