Khamis, April 20, 2017

Dikecam Netizen Sebab Buka Tudung; Zarina Zaniuddin Tarik Diri Berlakon Drama 100 Episod



Tindakan pelakon Zarina Zainuddin berkonsgi gambar tidak bertudung dalam menjayakan watak dalam drama bersiri 100 episod Dendam Aurora beberapa hari lepas menerima kecaman dan kritikan ramai di laman sosial.

Untuk rekod, Zarina sudah pun berhijab sejak September tahun lalu. Dalam laporan media sebelum ini juga, Zarina mengakui bahawa dia dalam proses berhijrah dan mungkin akan membuka tudung jika diminta berbuat demikian demi mengikut watak yang diterima.  

Dalam perkembangan terbaru yang diterima adalah ibu kepada empat orang anak ini telah menarik diri daripada drama tersebut selepas berfikir semasak-masaknya.  

"Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut.  Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit.  Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini.

"Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain," jelasnya.  


Pelakon berusia 46 tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada penerbit dan semua yang terlibat kerana memahami dirinya.