Isnin, April 24, 2017

Dia Juga Akan Terasa Jika Bapanya Kena Hina! - Zed Zaidi




Presiden Seniman, iaitu Zed Zaidi, menyifatkan perbuatan Ammar Titan mempersenda nama mendiang bapa Watson Nyambek sebagai tidak profesional dan merupakan satu penghinaan kepada seorang yang banyak berjasa kepada negara.

"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu?


"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.

Tindakan pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa Watson iaitu Nyambek itu diselar oleh Persatuan Seniman Malaysia tersebut yang turut  berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Zed Zaidi berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu. - mStar Online

1 Komentar:

Write Komentar
Kollen Migiu
AUTHOR
25/4/17 1:14 PG delete

agaknya dia tiada perasaan langsung otak letak kat lutut

Reply
avatar