Jumaat, April 07, 2017

Datuk Seri Vida Sah Cerai Talak Satu



Pengasas produk kecantikan dan jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin.

"Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. "Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir," katanya. Beliau berharap semua spekulasi mengenai perceraiannya akan berakhir dan mahu terus ke depan. Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, berkata mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi ini. - BH Online