Sabtu, April 01, 2017

Cium Bibir Lepas Nikah Jadi Kontroversi; Nedim Mahu Bimbing Nora Danish Ke Jannah!



Kalau tanya apa yang panas sepanjang seminggu dalam kalaender seni, tentunya isu perkahwinan antara Nedim Nazri dan Nora Danish.

Selain, busana yang dikenakan Nora Danish ketika majlis akad nikah dikritik seksi, tindakan spontan Nedim dan Nora berkucupan secara terbuka sambil disaksikan tetamu dan anak-anak mereka yang masih kecil turut menjadi perbualan hangat netizen.

Apapun, EM tak nak jatuhkan hukum! Yang pasti dalam tulisan di laman sosial Instagram, Nedim ada menulis baris kata yang cukup sweet menjajikan akan membimbing Nora Danish hingga ke Jannah!

“Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi”

“Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak. Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah,” antara kata-katanya di laman sosial Instagram.

1 Komentar:

Write Komentar