Sabtu, April 15, 2017

Blurb Preview; Teman Lelaki Cik Bos



Elis, cik bos tu memang sejak lahir macam tu eh?”
Niat untuk masuk ke pantri terbantut bila telinga menangkap suara Najmi dari dalam. Bila dengar aje ‘cik bos’ dari mulut Najmi, terus saja aku tegak di situ. Memasang telinga.
Bukan selalu aku dengar komen-komen pekerja tentang aku.
“Macam apa?” Suara Elis kedengaran membalas. Aku pula yang berdebar-debar tunggu jawapan dari Elis.
“Macam robot. Nak senyum pun tak reti.”
Kening aku terus terangkat tinggi. Ya ke?
“Ei, tak baik tau Encik Najmi ni. Cik Bos tu tahu senyumlah.”
Good job, Elis. Kan? Mana ada aku macam robot!
“Bila? I tak pernah nampak pun. Selalu muka dia mencuka macam nak makan orang aje.” Boleh agak Najmi sengih.
“Bila meeting dekat luar.” Elis menjawab.
“Lah, I ingat urat senyum dia dah putus!”
Nafas aku turun naik tahan marah. Sedaya upaya aku buat muka selamba sebelum melangkah masuk ke dalam pantri. Tekak yang haus harus diubati dengan air.

Hati yang panas pula?
Elok aje sebelah kaki melangkah ke dalam, Najmi dan Elis terus terdiam. Hanya senyuman saja yang menghiasi bibir masing-masing. Aku buat muka selamba gaya tak ada apa-apa pun yang aku dengar.
“Hai bos,” tegur Najmi perlahan. Tersengih-sengih dia pandang aku yang mendekati peti ais kecil di suatu sudut. Aku sekadar mengangguk. Dah ‘selamat’ kutuk aku, nak ‘hai-hai’ pula.
Heh.

“Cik Bos nak I buatkan air tak?” Elis pula menyampuk.
Laju saja aku menggeleng. Baru saja kena kutuk putus urat senyum, takkanlah aku rela nak kena kutuk ‘bos buli pekerja’ pula, kan?