Jumaat, April 28, 2017

Azrel Ismail Dan Risteena Munim Kena Saman RM1.5 Juta



Pelakon Azrel Ismail dan Risteena Munim bakal berhadapan tuntutan saman RM1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama Yes Sir Nak Pergi Mana. 

Wakil peguam JNI Creative Sdn Bhd, Mohd Fadly Hashim, berkata, tuntutan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan menyelesaikan penggambaran sebuah drama yang berbaki 17 episod lagi sehingga menyebabkan produksi mengalami kerugian. 

Selain itu artis terbabit juga didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media.


"Menerusi tuntutan ini pihak produksi menuntut kembali sebanyak 30 peratus bayaran daripada keseluruhan kontrak termasuk jumlah yang telah dibelanjakan syarikat untuk menghasilkan drama itu. 

"Selain itu dalam tuntutan sama pihak produksi turut menuntut jumlah sepatutnya diterima syarikat sekiranya drama ini berjaya disiapkan. 

"Menerusi tuntutan sama pihak produksi menuntut supaya mereka menjelaskan mengenai kenyataan yang mereka keluarkan kepada pihak media berhubung dakwaan tidak menerima baki bayaran," katanya kepada mStar Online.