Isnin, April 10, 2017

Anak Sulung Norman Hakim, Abby Abadi Lanjut Pelajaran Ke Turki



Anak bujang Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim, yang sedang menuntut ilmu di institut pengajian Islam, dipilih melanjutkan pelajaran dalam bidang keagamaan di Turki.

Minggu lepas, pelakon Norman Hakim ada berkongsi berita ini di laman sosial instagram miliknya sekali gus meminta pandangan dan pendapat followers sama ada membenarkan anak lelaki sulungnya itu merantau ke Turki atau tidak.

Menerusi posting tersebut rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan padu untuk Norman Hakim mengizinkan anaknya menyambung pengajian di Turki.

Hari ini, sekali lagi Norman Hakim berkongsi di Instagram tentang prosedur yang dilalui termasuk memperbaharui paspot, dan menjalani ujian kesihatan bagi persediaan Danish melanjutkan pengajiannya itu/

Dalam masa yang sama Abby Abadi turut berkongsi cerita tentang perihal berkenaan dalam posting instagram miliknya, yang antara lain menyebut tentang kesayuan hatinya bakal menyambut Ramadan dan Syawal tanpa kehadiran anak teruna kesayangan.