Selasa, April 25, 2017

AME2017 Memang Syok Sendiri; Netizen Tak Perlu Meroyan!



Berakhir Anugerah MeleTOP ERA 2017, pada malam Ahad lepas, maka banyaklah komen yang memenuhi ruang medium sosial. Biasalah, ada yang suka ada yang tidak. Citarasa manusia kan berbeza, dan semua orang pun mesti terbuka menerima pendapat mana-mana individu asalkan tidaklah melampau sangat kritikannya bukan?

Majoriti komen mengatakan AME2017, membosankan, dan lebih kepada Anugerah LoFattah! Kata mereka, asyik-asyik Fattah Amin dan Neelofa! Bosan!

Ada juga menyifatkan Anugerah MeleTOP ERA 2017 sebagai anugerah syok sendiri!

Hello, kalau bukan syok sendiri dah apa nama pula nak diberi? Dah sah-sah AME ini konsepnya peminat yang perlu undi. Undi pula guna laman sosial. Ada kredit dan topup sedikit dalam handphone, dha boleh undi. Dah tu apa yang susahnya nak mengundi?

Sah-sah jugalah kipas susah mati akan mengundi gila-gila untuk selebriti kegemaran masing-masing. Dah tu memang fenomena LoFattah tu kaut sangat auranya. Jadi, memang tak ada benda pelik pun sebenarnya.



Netizen kenalah terima hakikat, yang anugerah hiburan melibatkan undian peminat ini begitulah rencahnya. Yang popular, yang tengah hangat, dan yang banyak peminat pasti akan menang. Kalau yang suam-suam kuku menang, nanti ada yang cakap undi diri sendirilah, kena tajalah, jadi anak ikanlah, apalah...

Adohai, so kalau artis kegemaran anda tak menang, janganlah meroyan. Sebab anugerah serupa Anugerah MeleTOP ERA 2017 ini memang syok sendiri. Kalau anda tak syok sendiri undi artis yang anda syok, maka bersedialah untuk meroyan sebab tak dapat terima hakikat selebriti kegemaran anda tak menang.