Khamis, April 27, 2017

Adib Dan Izara Nikah Tahun Ini; Siti Nurhaliza Bakal Terima Menantu Lagi!



Nampaknya, pelakon Izara Aishah akan menjadi menantu Dato` Siti Nurhaliza tidak lama lagi. Bercakap kepada Harian Metro, Adib Khalid yang merupakan anak lelaki kepada Datuk Khalid mengesahkan bahawa mereka akan bernikah pada tahun ini.

Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua. Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini.